glitter-graphics.com
15 May 2026 @ 10.00pm
Akhirnya setelah hampir 14 tahun tidak menulis
Terima kasih kepada yang masih menjengah (jika ada)
Theme blog ini masih sama sejak 14 tahun lalu.
______________________________________________________________________________
Tiada apa yang mampu aku katakan lagi. Cuma terlalu banyak perkara terjadi sejak 14 tahun ini. Membina kerjaya, berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Sesuatu yang berlaku mengikut alur proses sejajar dengan ketentuan ilahi.
Kita throwback sikit perjalanan waktu itu
2013 - Lapor diri sebagai pelajar jururawat - sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi seorang jururawat. Terima kasih Cikgu Baharin !
2012 - Sejurus selepas kertas SPM yang terakhir, dia terus menggalakkan aku mengisi borang SPA online. "Dik, isi ni dik. senang hidup ko nanti" "Nurse ke cikgu?" dalam hati yang masih mentah, tanpa membantah ku turutkan. Siapa yang berani melawan Cikgu Baharin ? Haha. Lalu aku isi 3 perjawatan iaitu pertama, jururawat, kedua juru-xray, ketiga pembantu pembedahan pergigian. Tanpa aku tahu setiap fungsi yang sebenar setiap perjawatan itu. Cikgu Baharin yang beria ia menyokong aku untuk masuk ke bidang kesihatan. Bila dh siap isi. baru puas hati dia. "Nanti dah dapat bagitahu cikgu ya"
Tanpa membuang masa, aku mendaftar kemasukan tingkatan 6. Waktu tu jiwa masih mentah. Jujur tiada perjalanan pelajaran dan karier yang jelas. Hanya go with the flow. Aku mendaftar tingkatan 6 dengan memilih sastera sebagai subjek teras. Perjalanan di situ lancar, pembawakan diri aku disitu dengan berjumpa dengan kawan-kawan baru sangat baik. Dalam mana-mana kawan perempuan, aku lebih rapat dengan kawan lelaki. Hafizul dan Adib. Mungkin aku malas nk berpuak-puak. group perempuan di kelas aku kebanyakan extrovert. Ada juga beberapa kawan perempuan yang lama kelamaan aku selesa.
1 sem berlalu, keputusan MUET dan subjek sastera aku cukup baik.
2 minggu kemudian, surat tawaran diterima. Namun tertera sijil bidang pembantu pembedahan pergigian. Aku kurang faham skop pekerjaan bidang ini. Tapi aku cabar diri supaya cuba temuduga dulu.
Sesampainya aku di SPA Putrajaya, soalan pertama penemuduga, keputusan PMR aku baik 7A 1B , dia mempersoalkan kenapa aku memilih bidang ini. Budak-budak lagi kan masa tu. Aku bagitahu, cikgu yang suruh. Mereka tergelak kecil. Lalu mereka beritahu jawatan itu hanya di peringkat sijil sahaja. Oleh itu, aku overqualified. Mereka akan mencadangkan aku ke jawatan lain.
2 minggu kemudian, surat tawaran SPA yang lain sampai. Tertera jawatan Jururawat Kesihatan. Atas mempertimbangkan beberapa faktor , aku setuju untuk jawatan itu.
Temuduga pun selesai - long story short, temuduga itu berjaya.
2013 - bersambung....





Siti Azila bt Muhamad Zaibani
19 January 94


0 comments:
Post a Comment
terima kasih awak komen komen :)